Saturday, September 6, 2008

Peralatan Fotografi Digital

Kategori Kamera Digital SLR
1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan
pelbagai faktor lain.

Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.

Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.

Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
• Nikon D3
• Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Contax N Digital
• Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

APS-C

Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.

Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:

Canon EF, EFS

Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N

Sistem Four Third


Lensa
Jenis-jenis Lensa
Terdapat 4 jenis lens.

Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.

Macro lens
: mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
up sesuatu gambar.

Wide angle lens
: mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di
gunakan dalam architecture dan photojournalism.

Telefoto lens
: mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.

Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8


Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8

Klik untuk maklumat Lanjut


Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital.

Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.
Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.

Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data.
Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan
memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar
dengan pantas terutamanya untuk mode burst.

Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi

sekitar RM200 sahaja.





http://www.flickr.com/photos/bornraisedntrap
http://www.getokubi.com
http://profiles.friendster.com/bornraisedntrap

No comments: