Friday, June 19, 2009

mY ShuTTeR and aPeRtuRe piX..!!~

SmaLL aperture with fast shutter will produce image like this...



f-16
shutter 1/100

iso 100



f-20
shutter 80
iso 100


will upload more..




http://www.flickr.com/photos/bornraisedntrap
http://www.getokubi.com
http://profiles.friendster.com/bornraisedntrap

Friday, September 12, 2008

ShuTTer & ApeRTure

Dedahan / Exposure Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.

Kelajuan Shutter
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahanyang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak
Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).


Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.


shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut.
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.


Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan Laman 14 membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.

Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.


Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.


APERTURE
Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.


Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu Laman 15
cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.


Aperture dikenali sebagai f-number.

Aperture mengikut julat bukaan 1-stop



f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32


f-32 . Bokeh kurang kemas

f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas.

Kesan f-number pada kualiti bokeh.


Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.

Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:


Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4.


Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

artikel dan imej di ambil dr Nota Asas Digital Fotografi Adhadi Mohd dengan kebenaran dari pihak beliau [melalui flickrmail]



http://www.flickr.com/photos/bornraisedntrap

http://www.getokubi.com
http://www.friendster.com/bornraisedntrap

Sunday, September 7, 2008

what's this is all about??!!~



This blog is all about basic photography..
I'm trying to gather all the article i could find about photography ..
i'm hoping that this is the easiest way to understand photography since me myself is not the 'fast learner' type of person..hehhe
and i'm sorry most of the article here is in Malay since i'm a Malay gurl myself.I'm Malaysian actually.
i'll try to post articles in english one day..hehe

thank u for dropping by.

-i'm new in photography and still trying hard to understand how my nikon d40x works...hehe..oh.. i don't edit pictures for the time being since i haven't start learn editing yet!!~-


http://www.flickr.com/photos/bornraisedntrap

http://www.getokubi.com
http://profiles.friendster.com/bornraisedntrap

Saturday, September 6, 2008

Peralatan Fotografi Digital

Kategori Kamera Digital SLR
1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan
pelbagai faktor lain.

Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.

Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.

Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
• Nikon D3
• Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Contax N Digital
• Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

APS-C

Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.

Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:

Canon EF, EFS

Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N

Sistem Four Third


Lensa
Jenis-jenis Lensa
Terdapat 4 jenis lens.

Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.

Macro lens
: mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
up sesuatu gambar.

Wide angle lens
: mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di
gunakan dalam architecture dan photojournalism.

Telefoto lens
: mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.

Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8


Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8

Klik untuk maklumat Lanjut


Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital.

Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.
Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.

Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data.
Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan
memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar
dengan pantas terutamanya untuk mode burst.

Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi

sekitar RM200 sahaja.





http://www.flickr.com/photos/bornraisedntrap
http://www.getokubi.com
http://profiles.friendster.com/bornraisedntrap

Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi

Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.

Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.

Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan bayang-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.

-={by adhadimohd}=-



http://www.flickr.com/photos/bornraisedntrap
http://www.getokubi.com
http://profiles.friendster.com/bornraisedntrap